rss

Wednesday, June 1, 2011

Penjagaan kuku (Wanita Hari Ini)

Bookmark and Share
Wajah, rambut dan kulit sering menjadi perhatian individu tatkala bercakap soal kecantikan. Namun, bagaimana pula dengan kuku?


Ramai mengaku yang mereka tidak mengambil berat terhadap bahagian ini kerana menganggap ia tidak penting. Sebenarnya, kuku juga memainkan peranan penting dalam soal penampilan. Jangan lupa setiap kali berbicara, tangan kita turut bergerak dan pastinya kuku antara anggota yang mudah dilihat.


Menjaga kuku sebenarnya tidak sukar. Hanya potong dan bersihkan, itu sudah mencukupi. Ingat! Andai ia berpenyakit pasti sukar merawatnya. Penyakit cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam, berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan.

Rutin Penjagaan Kuku

1. Pastikan kuku dibersihkan selalu terutama bagi mereka yang sering melakukan kerja rumah seperti memasak. Jangan potong kuku terlalu pendek.

2. Rendam dalam air suam dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.

3. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.

4. Pemakaian pelembap tangan dan kuku mengandungi vitamin C membantu mencantikkan kuku.

5. Minum banyak air dapat membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.


1 comments:

zol on May 29, 2012 at 3:37 AM said...

Gambar Tragedi Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012


Post a Comment


ShoutMix chat widget

Followers

Ingin Mendapatkan Artikel Terbaru dari Dunia Wanita Hari Ini, Masukkan Email Anda disini :

Delivered by FeedBurner

 

Recent Post

New Recent Post