rss

Monday, July 13, 2009

Apakah itu Dioksin?

Bookmark and Share
Dioksin atau nama kimianya Poly-Chorinated Dibenzo-p-Dioxin (PCDD) wujud secara berkumpulan dan merupakan sebatian kimia yang terbina daripada ikatan unsur unsur karbon, hidrogen, oksigen dan klorin. Unsur klorin adalah penyebab utama sifat keracunannya. PCDD biasanya dihasilkan bersama dengan Furan iaitu Poly-Chorinated Dibenzofurans (PCDF) dan kedua-duanya digabungkan menjadi satu kumpulan yang dikenali sebgai “Dioksin”. PCDD dan PCDF merupakan bahan cemar organik persistent yang disenaraikan sebagai dua daripada dua belas sebatian kimia Persistent Organic Pollutants (POPs) di bawah Stockholm Convention.

Bagaimanakah Dioksin terhasil?
PCDD dan PCDF bukanlah produk kimia yang dikomersilkan, tetapi produk sampingan yang secara tidak sengaja terjadi didalam banyak proses pembakaran dan beberapa proses industri kimia seperti :

1. Pembakaran yang tidak lengkap oleh bahan – bahan yang mengandungi klorin iaitu atom klorin dan bahan organic yang dibebaskan dari insinerator kilang.
2. Dalam proses membuatan yang melibatkan klorin seperti pembuatan baja dan racun serangga serta dalam pembuatan kertas.
3. Produk makanan dan bahan makanan seperti susu lembu dan ikan.

Dioksin tidak mudah larut dalam air tetapi mudah larut dalam lemak. Kebanyakan kita terdedah dengan dioksin dari makanan yang kita makan khususnya dari ikan dan lemak haiwan.

Apakah kesan dioksin terhadap manusia dan haiwan ?
1. Dioksin diklasifikasikan sebagai sebatian bersifat karsinogen (yang menyebabkan kanser). Ianya persistent, bertindakbalas berterusan secara biologi (bioaccumulated) serta tersebar di dalam lingkungan jauh. Dioksin bertindakbalas sepanjang kehidupan dan kekal bertahun-tahun dan hal ini mampu meningkatkan risiko kanser pada manusia.
2. Mengubah sistem hormon badan.
3. Memperbantutkan pertumbuhan janin.
4. Menurunkan kadar reproduksi.
5. Menurunkan sistem keimunan tubuh.
6. Perubahan kod keturunan (marker).
7. Pada dos yang tinggi mampu mengakibatkan Chloracne, sejenis penyakit kulit yang teruk.

2 comments:

Panduan Blogging on February 9, 2010 at 8:34 AM said...

fdgdfg

Panduan Blogging on February 9, 2010 at 8:34 AM said...

gfhgfhfgfhf


Post a Comment


ShoutMix chat widget

Followers

Ingin Mendapatkan Artikel Terbaru dari Dunia Wanita Hari Ini, Masukkan Email Anda disini :

Delivered by FeedBurner

 

Recent Post

New Recent Post