rss

Sunday, April 24, 2011

Tips menjadi tuan rumah ketika majlis perkahwinan

Bookmark and Share


Dalam Mengatur majlis perkahwinan, tuan rumah selaku penyeri majlis harus memberi  perhatian kepada pelbagai perkara bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

  1. Sambut setiap tetamu dengan wajah manis dan mesra. Ketika  bersalaman, renunglah mata tetamu dengan ucapan perhargaan atau terima kasih kerana sudi ke majlis perkahwinan tersebut.
  2. Tetamu mesti diiringi kemeja makan oleh petugas majlis. Petugas yang dimaksudkan mungkin terdiri daripada ahli jawatankuasa yang dilantik sebelum majlis berlangsung yang terdiri daripada saudara mara atau ahli keluarga atau jiran-jiran.
  3. Petugas perlu memastikan tetamu yang diiringi mendapat juadah hidangan dan mempelawa mereka untuk menikmati hidangan yang disediakan.
  4. Waktu yang sesuai untuk memberikan bunga telur atau goodie bag ialah semasa tetamu menjamu selera. Tidak sesuai sekiranya bunga telur atau goodie bag tersebut diberi ketika tetamu beratur mengambil juadah hidangan.
  5. Pilihan muzik yang dimainkan mestilah sesuai dengan majlis. Lagu-lagu berlirik kekecewaan atau putus cinta tidak perlu dimainkan meskipun ia berirama romantic atau balada.
  6. Nada muzik perlulah terkawal supaya tidak mengganggu tetamu untuk bersembang atau ketika mereka menikmati makanan.
  7. Tuan rumah perlulah memainkan peranan dengan mengatur masa ketika menyambut tetamu dan berlegar-legar disekitar meja tetamu untuk beramah mesra.
  8. Jumpa dan bersalaman dengan tetamu yang ingin berangkat pulang. Setiap salamnya perlulah diiringi dengan senyuman dan ucapkan terima kasih kerana kesudian mereka hadir ke majlis anda.

0 comments:


Post a Comment


ShoutMix chat widget

Followers

Ingin Mendapatkan Artikel Terbaru dari Dunia Wanita Hari Ini, Masukkan Email Anda disini :

Delivered by FeedBurner

 

Recent Post

New Recent Post